
**********************************************************
Subject: Sedikit renungan oleh Ustaz Hj Akil
> Assalamualaikum wbt,
>
> Sedikit renungan utk kita semua
>
> Oleh : Ustaz Hj Akil
>
> Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT. Bila hidup kita
> berkat, diri ini akan selamat. Apabila diri selamat, rumahtangga jadi
> sepakat. Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
> Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila
negara
> menjadi kuat, negara luar jadi hormat. Apabila negara luar jadi
hormat,
> permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun
> meningkat. Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.
>
> TETAPI AWAS,
>
> Apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat
bangunan
> naik bertingkat-tingkat. Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh
macam
> kulat. Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU
> manusia mula mengubah tabiat. Apabila manusia telah mengubah
tabiat,ada
> yang jadi lalat ada yang jadi ulat. Apabila manusia dah jadi
> ulat,sembahyang makin hari makin liat. Apabila sembahyang jadi liat,
orang
> baik ada yang bertukar jadi jahat. Apabila orang baik bertukar jahat,
> orang miskin pula nak kaya cepat. Apabila orang miskin nak kaya cepat,
> orang tua pula nak mati lambat. Apabila orang tua nak mati lambat, tak
> dapat minum madu telan jerla minyak gamat. Yang lelaki, budak budak
muda
> pakai seluar ketat. Semua nak tunjuk kuat. Bila berjudi, percaya unsur
> kurafat. Tapi hidup pula yang melarat. Tali kasut dah tak berikat.
Rambut
> pun jarang sikat.
>
> Yang perempuan, Pakai mini sekerat. Suka pakai baju ketat... (apa
> dapat...) Suka sangat menunjukkan pusat. Hingga tak pedulikan lagi
batasan
> aurat. Pakai pulak yang singkat-singkat. Kadang-kadang ternampak benda
> 'bulat'. Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat. Silap gaya
jadi
> gawat, bohsia bohjan lagi hebat. Duduk jauh berkirim surat . Bila
> berjumpa, tangan berjabat. Kemudian pakat lawan peluk siapa erat. Masa
tu,
> nafas naik sampai tersekat-sekat. Usah peduli agama dan adat. Usah
takut
> Allah dan malaikat. Yang penting apa kita nak buat? Kita 'bukti' lah
kita
> buat. Akhirnya perut kempis dah jadi bulat. Apabila perut kempis dah
jadi
> bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat. Bila
anak-anak
> tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.
>
> MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
>
> Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat. Habis manusia telah
tersesat.
> Inilah dia fenomena masyarakat. Oleh itu wahai saudaraku dan para
sahabat,
> Marilah kita pakat mengingat, Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok
> atau lusa mungkin kiamat, Sampai masa kita semua akan berangkat!
> Berangkat menuju ke negeri akhirat. Di sana kita akan ditanya apa yang
> kita buat. Masa tu, sendiri mau ingat. Umur mu banyak mana, berapa
banyak
> kamu buat ibadat...? Zaman muda mu, apa yang telah kamu buat...? Harta
> benda anda, dari mana anda dapat...? Ilmu anta, adakah anta
manafaat...?
>
> Sebagai sesama insan sama2lah ingat mengingati sesama insan!!! Semoga
> ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan
> memperbanyakkan ibadat.
>
> (Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa.)
source: e-mail dari Marlia
what we could have been, 12:06 PM.