<body>


Monday, July 24, 2006

Surah Qiyaamah - Fahd al-Kanderi


Al-Qiyamah (Qiamat) 75 : 1-40

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[1] Aku bersumpah dengan hari kiamat;

[2] Dan Aku bersumpah dengan "Nafsul Lawwaamah" (bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!

[3] Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)?

[4] Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).

[5] (Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga dia tidak mengakui adanya hari kiamat).

[6] Dia bertanya (secara mengejek): Bilakah datangnya hari kiamat itu?

[7] Maka (jawabnya: Hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut),

[8] Dan bulan hilang cahayanya,

[9] Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama,

10] (Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): Ke manakah hendak melarikan diri?

[11] Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan!

[12] Pada hari itu, kepada Tuhanmulah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara.

[13] Pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang dia telah lakukan dan apa yang dia telah tinggalkan.

[14] Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,

[15] Walaupun dia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri).

[16] Janganlah engkau (wahai Muhammad) Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu).

[17] Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu) dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);

[18] Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;

[19] Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan).

20] Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya.

[21] Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).

[22] Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri;

[23] Melihat kepada Tuhannya.

[24] Dan pada hari itu, muka (orang-orang kafir) muram hodoh,

[25] Sambil percaya dengan yakin bahawa mereka akan ditimpa malapetaka (azab seksa) yang membinasakan.

[26] Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong,

[27] Dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya)?

[28] Dan dia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan;

[29] Serta kedahsyatan mati pun bertindih-tindih.

[30] (Maka) kepada Tuhanmulah pada waktu itu engkau dibawa (untuk menerima balasan).

[31] (Oleh sebab orang yang kufur ingkar tidak percayakan hari akhirat) maka dia tidak mengakui kebenaran (yang diwajibkan meyakininya) dan dia tidak mengerjakan sembahyang (yang difardukan mengerjakannya)!

32] Akan tetapi dia mendustakan dan berpaling ingkar!

[33] Kemudian dia pergi kepada keluarganya dengan berlagak sombong megah.

[34] (Wahai orang yang kufur ingkar!) sudahlah dekat kepadamu kebinasaanmu, sudahlah dekat!

[35] Kemudian api Nerakalah lebih layak bagimu, lebih layak.

[36] Patutkah manusia menyangka, bahawa dia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?

[37] Bukankah dia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)?

[38] Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)?

[39] Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis lelaki dan perempuan.

[40] Adakah (Tuhan yang menjadikan semuanya) itu tidak berkuasa menghidupkan orang-orang yang mati? (Tentulah berkuasa)!


http://quran.al-islam.com
what we could have been, 7:53 AM.

Profile

NAME
age school whatever.
Tagboard
place tagboard code here. max width=130.
get one from cbox!
Wishlist
â–ª new camera
â–ª the 18th birthday
Exits
Eefennie
name name name
Archives

Credits
designed by lil.queens
photos: bexidaisy on DA
host: imageshack & imeem
inspiration & lyrics: TLG
title script source unknown.