Apabila seseorang menanggung sakit hendaklah ia:-
1. Selalu bertaubat .
2. Memperbanyak mengucapkan istighfar .
3. Senantiasa mengingati ALLAH S.W.T.
4. Memohon diampunkan segala kesalahan-kesalahannya yang lalu.
5. Membuat wasiat(agar dikemudian hari tidak akan jadi pertelingkahan
bagi keluarga yang ditinggalkan).
6. hendaklah ia menyimpan sangkaan baik terhadap ALLAH Ta'ala
(Dalam hal seumpama ini, sudah sewajarlah seorang pesakit menyimpan
penuh harapan terhadap ALLAH Ta'ala, terutama sekali apabila telah
ternyata tanda-tanda akan mati, dan hampirnya ketibaan ajal, supaya ia
mati sedang hatinya penuh kayakinan penuh harapan tentang keMurahanNya,
luas rahmatNya dan keinginan untuk menemuiNya).
7. Hendaklah si pesakit sembahyang seperti biasa walau pun didalam keadaan duduk, berbaring diatas katil atau sekadar mengikut kemampuannya. Jika ianya lumpuh maka dia boleh lah sembahyang dengan gerakkan mata sahaja.
Bagi ahli keluarga, hendaklah membantunya sewaktu mengambil wudhu.
Bahan diperolehi dari buku bertajuk- PERINGATAN TENTANG UMUR INSAN
tulisan Imam Habib Abdullah Haddad dan diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait
buku inijuga digunakan sewaktu didalam kelas Agama bimbingan Ustaz Shafi Anuar
diMasjid An-Nur pada setiap hari Ahad bermula jam 9.30pagi
what we could have been, 7:34 AM.