<body>


Monday, May 29, 2006

Kehidupan ini ibarat roda. Adakalanya kita diatas dan adakalanya kita dibawah. Namun kita hendaklah senantiasa selalu mensyukuri nikmat dan rahmat ALLAH S.W.T . Pengalaman saya sewaktu menjadi pramugari dahulu telah membuka luas minda saya dan segala pengalaman itu, menjadikan saya lebih menghargai kehidupan saya sekarang ini.Alhamdulillah,kini saya telah mempunyai keluarga yang sangat saya sayangi.

Banyak negeri telah saya kunjungi seperti di LosAngeles, SanFrancisco, Honolulu, Vancouver, London, Manchester, Copenhagen, Frankfurt, Zurich, Amsterdam, Paris, Rome, Vienna, Athen, Colombo, Bombay, Karachi, Taipei, Hongkong, Tokyo, Bangkok, Seoul(Korea), Jakarta, Malaysia, Brunei, Dahran, Bahrain, Dubai, Abu Dhabi, Male(Maldive) dan Cairo.

Namun niat saya disini bukanlah hendak berbangga diri. Kita ini hanyalah hamba ALLAH S.W.T. dan senantiasa lah kita beringat bahawasanya dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung.

Walaupun telah banyak negeri yang saya kunjungi, namun pengalaman yang paling manis dan tidak pernah saya rasakan seumur hidup saya ialah sewaktu saya menunaikan fardu haji keMekkah Al-Makarromah.

Kenikmatannya tidak boleh digambarkan dengan perkataan. Sewaktu berada diMekkah kita dapat merasakan akan ketenangan didalam jiwa. Ketenangan rohani ini tidak dapat saya rasakan walaupun dinegara yang dianggap orang maju dan canggih.


Contohnya seperti di Los Angeles walaupun terkenal dengan Disneyland, Magic Mountain dan sebagainya, namun kenikmatannya dan ketenangan rohani tidak dapat dirasakan. Sekalipun Venice yang terkenal diRome dengan gondolanya serta orangnya yang dikatakan romantis.


Walaupun manusia menciptakan berbagai tempat percutian yang yang dianggap "menarik dan canggih" tetapi tidak sama dengan ciptaan ALLAH S.W.T.

Contohnya kita boleh pergi kenegeri lain dengan melihat keindahan ciptaan ALLAH.S.W.T. seperti gunung-ganang di Zurich iaitu salah satunya dipuncak gunung Tetlis. Diatas puncak itu kita dapat melihat akan puncak gunung-ganang yang lain. MasyaALLAH...sungguh indah ciptaanNya. Kita boleh pergi melancung ke luar negara dengan niat untuk melihat akan keindahan ciptaan ALLAH.S.W.T. dan bukan lah untuk riak, takabur dan berbangga diri.


Di Cairo contohnya, bolehlah kita lihat pyramid yang masih dikekalkan ALLAH S.W.T. yang membukti akan kebesaranNya dan juga mengingatkan kita tentang kisah Fir'aun yang ada tertulis didalam Al-Quran. Dan lihatlah ciptaan ALLAH S.W.T. akan keindahan padang pasir.Dan banyak lagi boleh kita renungkan akan ciptaan ALLAH S.W.T.walau dimana sekalipun kita berada.


Janganlah kita menyombong diri hanya kerana kita ada rupa kerana ianya tidak akan kekal lama meskipun ada yang mengunakan berbagai kaedah. Harta juga akan habis. Pangkat tidak akan kekal. Yang muda dahulu, kini akan menjadi tua. Yang kekal hanyalah ALLAH S.W.T.

Jagalah maruah diri serta agama kita. Janganlah kita meniru adat dan budaya bangsa lain yang mungkin akan menjerumuskan kita agar melakukan maksiat dan kesesatan. Na'uuzubillah

Disini saya ingin memetik ucapan Yusuf Islam (dahulunya Cat Stevens).Beliau berkata,

"Budaya dan nilai hidup barat adalah seperti sebuah kapal yang sedang tenggelam dan umat Islam sedang berebut-rebut membeli ticket untuk menaikinya."

Dari itu janganlah kita meniru budaya yang tidak dapat memberikan manfaat buat kita. Ikutlah ahlak Nabi kesayangan kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W. yang berpandukan Al-Quran dan Ahlus- Sunnah- Wal-jama'ah. InsyaALLAH kita akan selamat didunia dan juga diAkhirat...Ameen.

what we could have been, 11:47 PM.

Profile

NAME
age school whatever.
Tagboard
place tagboard code here. max width=130.
get one from cbox!
Wishlist
â–ª new camera
â–ª the 18th birthday
Exits
Eefennie
name name name
Archives

Credits
designed by lil.queens
photos: bexidaisy on DA
host: imageshack & imeem
inspiration & lyrics: TLG
title script source unknown.