<body>


Sunday, April 02, 2006


IMAN

Ertinya kepercayaan yang terbitnya dari hati seseorang iaitu mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa apa yang dibawa oleh baginda Nabi Muhammad S.A.W.adalah benar datangnya dari ALLAH SWT. Maka ilmu yang dipelajari adalah untuk menyempurnakan pengenalan iman. Maka orang lelaki yang beriman disebut mukmin. Sementara orang perempuan yang beriman disebut mukminah.(Mukminat untuk orang perempuan yang banyak).



ISLAM

Islam bererti tunduk dan patuh menurut segala apa yang dibawa oleh baginda Rasulullah S.A.W. Orang yang sebegini disebut muslim bagi lelaki dan muslimah bagi orang perempuan. Iman dan Islam tidaklah boleh diceraikan untuk mendapat kelepasan azab dihari akhirat nanti.


KAFIR

Kafir ialah orang yang mengingkari kebenaran agama Islam tidak mengetahui ketuhanan ALLAH Yang Maha Esa dan tidak mengetahui kerasulan Nabi Muhammad S.A.W. Orang kafir ini boleh memeluk Islam apabila ia merasa yakin akan ketuhanan ALLAH dan kebenaran Rasulullah S.A.W. dengan hanya mengucapkan dua kalimah syahadat.


MURTAD

Murtad secara umunya bolehlah ditakrifkan iaitu seorang Islam yang telah terkeluar dari agama Islam baik secara langsung atau tidak. Sama ada ia kembali kepada agama asalnya atau menganut agama lain ataupun tidak menganut mana-mana agama.
Orang yang murtad maka segala pahala amalannya akan gugur dan diberi pembalasan dengan dimasukkan kedalam api neraka buat selama-lamanya.

Firman ALLAH didalam Surat Al-Baqarah ayat 217 :- (Maksudnya)
"Barang siapa yang murtad diantara kamu dari agamanya (yakni dari agama Islam) kemudian ia mati didalam kekafirannya itu maka gugurlah segala amalan mereka didunia dan aknirat. Mereka akan menjadi ahli neraka dan kekal didalamnya buat selama-lamanya.



Diantara sebab seseorang itu menjadi murtad ialah:-
1) Sujud/tunduk kepada berhala secara pilihan sendiri bukan kerana terpaksa.

2) Menghina atau meperkecil-kecilkan sesuatu yang dimuliakan oleh agama seperti nama ALLAH yang mulia, sifat-sifat ALLAH, Al-Quran, Hadith Nabi S.A.W., Hukum syarak, Rasul-rasul, perintah serta larangan Nya dan sebagainya.

3) Mengucapkan sesuatu ucapan kekafiran yang biasanya ucapan itu menyebabkan orang menyangka ia telah kafir atau dengan terang-terang orang itu mengatakan yang dirinya telah menjadi kafir atau keluar dari Islam hal keadaannya secara ikhtiari (pilihan sendiri, bukan paksaan).

4) Dan lain-lain yang boleh menyebabkannya menjadi terkeluar dari Islam seperti mengatakan yang wajib itu haram dan yang haram itu halal.



MUNAFIK

Munafik ialah orang yang menurut zahirnya beragama Islam tetapi hatinya, jiwanya tidak beriman. Atau bolehlah dikatakan munafik orang yang berpura-pura beragama Islam tetapi hatinya tidak sama dengan apa yang diucapkan.
Pada zaman Rasulullah S.A.W. dahulu kaum munafik ini diketuai oleh Abdullah B Ubai Salul.
Orang munafik atau yang berpura-pura ini telah dijanjikan oleh ALLAH SWT. akan dimasukkan kedalam api neraka jahanam sebagaimana
Firman ALLAH didalam Surat An-Nisak ayat 145:- (Maksudnya)

"Sesungguhnya orang-orang yang munafik itu (ditempatkan) pada tingkat bawah sekali dari (didalam) neraka dan sekali-kali mereka tidak diberi pertolongan."

**************************************************************************



what we could have been, 3:50 PM.

Profile

NAME
age school whatever.
Tagboard
place tagboard code here. max width=130.
get one from cbox!
Wishlist
â–ª new camera
â–ª the 18th birthday
Exits
Eefennie
name name name
Archives

Credits
designed by lil.queens
photos: bexidaisy on DA
host: imageshack & imeem
inspiration & lyrics: TLG
title script source unknown.