Ibu....
Kaulah wanita yang melahirkanku
Kau korbankan jiwa dan raga
Demi untuk membesarkan diriku
Ibu....
Kaulah ratu hatiku
Tampamu tiadalah aku
Kasih sayang mu tidak dapat
di ganti dengan wang dan harta
Pengorbananmu meliputi segala-galanya
Kau membesarkan ku penuh derita dan sengsara...
Ibu....
Kau sanggup bersengkang mata
Agar aku mendapat apa yang dipinta
Kau tabah menghadapi cabaran Illahi
Demi kasih yang sejati...
Ibu....
Kau senantiasa berusaha
Agar aku menbesar dengan selesa
Kau berdoa....senantiasa
Diiringi dengan airmata
Agar aku menjadi anak yang berjaya...
Ibu....
Kini ku sudahpun dewasa
Kau tetap menganggapku seperti
Anak kecil juga....
Namun aku dapat merasakan yang sama
Kerana kini ku juga punya cahayamata
Ibu...
Jasamu akan ku kenang selalu
Pengorbananmu tidak akan ku lupa
Sehingga sampai suatu ketika
Aku....menutup mata
Ingatlah.....!
Kasihnya ibu membawa kesyurga........
what we could have been, 12:08 PM.