<body>


Sunday, April 30, 2006

Sajak (Insaflah....)

Hari berganti hari...
Minggu berganti minggu...
Bulan berganti bulan...
Tahun berganti tahun...

Usia berlalu.....
Bagaikan petir memanah bumi
Tampa disedari
Umurmu hanya tinggal sedikit lagi...

Entahkah bila masanya nanti....
Kita akan dipanggil Illahi.....
Tapi amat dikesali....
Manusia kini masih belum menyedari
Mereka masih lagi dibuai mimpi...

Berfoya-foya kesana-kemari
Mendedahkan aurat dengan berani..
Tiada rasa malu dihati...
Mereka beranggapan ...inilah fesyen terkini.!!!
Halal dan haram tidak diendahkan lagi..
Yang pasti ....mereka bersenang hati

Tidakkah mereka ingat akan MATI?
Yang pasti datang dan semakin menghampiri....
Suatu masa pasti terjadi
Manusia tidak akan dapat melarikan diri
Kerana ianya adalah takdir dari Illahi...

Usia yang ada jangan disia
Penuhkan masa mu dengan amalan yang berguna
Menjalankan perintah ALLAH dengan setia
Agar dirimu senantiasa diredha....
Berdoalah kita senantiasa
Agar dapat memasuki Syurga
Di Akhirat juga kekal selamanya

Ingatlah...
Bahawasanya bila-bila masa saja nanti....
Mimpi indahkan bertukar menjadi mimpi ngeri
Ketika itu tangisanmu sudah tidak berguna lagi..
Kerana tiada siapa yang akan peduli...
Kau ditinggalkan seorang diri
Didalam lubang yang sunyi sepi...
Gelap gelita sungguh ngeri...
Menunggu balasan dari Illahi

Semasa hidupmu kau mengingkari
Kini kau disiksa seorang diri
Bertemankan cacing memamah diri
Sungguh pedih tidak terperi...
Meraung,merintih tiada berguna lagi...

Sudah terlambat untukmu kesali
Kerana setelah mati...
Kita tidak boleh hidup kembali...
Hanya dibangkitkan bila Kiamat nanti

Insaflah...
Manusia yang ada dibumi
Bertaubatlah kamu sebelum mati...
Sama-samalah kita ingat mengingati..
Agar Islam tidak dicemari....

what we could have been, 11:42 PM.

Profile

NAME
age school whatever.
Tagboard
place tagboard code here. max width=130.
get one from cbox!
Wishlist
â–ª new camera
â–ª the 18th birthday
Exits
Eefennie
name name name
Archives

Credits
designed by lil.queens
photos: bexidaisy on DA
host: imageshack & imeem
inspiration & lyrics: TLG
title script source unknown.