<body>


Monday, March 27, 2006

Kisah Lelaki Dan Seekor Anjing

Haiwan juga adalah makhluk ALLAH yang mempunyai perasaan seperti kita. Yang membezakan ialah kita mempunyai akal tetapi haiwan tidak. Haiwan tidak dapat membezakan antara betul dan salah tetapi mereka mempunyai naluri yang ALLAH berikan untuk meneruskan perjalanan hidupnya.

Oleh sebab ia sama makhluk ALLAH seperti kita, perlulah kita bersikap belas dan kasihan terhadapnya.

Dalam satu riwayat diceritakan tentang seorang lelaki yang berasa sangat dahaga setelah jauh berjalan di padang pasir. Di tengah jalan beliau berjumpa sebuah perigi. Airnya cetek dan jauh ke bawah.

Beliau terpaksa turun untuk mendapatkan sedikit air buat menghilangkan dahaga. Lelaki itu naik ke atas semula selepas minum beberapa teguk. Tiba-tiba di tebing perigi itu, beliau ternampak seekor anjing yang kelihatan tidak bermaya kerana kehausan.

Lelaki itu dapat merasakan betapa hebatnya penderitaan anjing itu lantaran terlalu haus. Beliau amat bersimpat kepada anjing itu. Walaupun masih keletihan, lelaki itu berikhtiar untuk memberi minum kepada anjing yang haus itu.

Beliau turun kembali ke dalam perigi lalu memenuhkan kasutnya dengan air. Selepas itu, dia pun naik semula ke atas sambil menggigit kasut yang berisi air. Sampai di atas, beliau menghulurkan air itu untuk diminum oleh anjing tersebut.

Di atas layan yang baik dan sifat belas kasihannya terhadap anjing itu. ALLAH memberikan keampunan di atas dosa-dosanya yang lalu.

IKTIBAR

Berbuat baik terhadap haiwan, walaupun seekor anjng yang dipandang jejek, adalah satu kebajikan dan mendapat pahala.

Sifat kasihan dan belas adalah amalan hati. Amalan hati diberikan ganjaran yang lebih di sisi ALLAH.

Sumber dipetik daripada BH


what we could have been, 9:33 AM.

Profile

NAME
age school whatever.
Tagboard
place tagboard code here. max width=130.
get one from cbox!
Wishlist
â–ª new camera
â–ª the 18th birthday
Exits
Eefennie
name name name
Archives

Credits
designed by lil.queens
photos: bexidaisy on DA
host: imageshack & imeem
inspiration & lyrics: TLG
title script source unknown.