<body>


Friday, March 24, 2006


ALLAH telah mengharamkan segala bentuk perjudian dan segala perkara yang bersangkut-paut dengannya, kerana ia membawa kesan buruk terhadap individu, keluarga dan harta.

ALLAH swt berfirman dalam surah Al-Maidah, ayat 90, yang ertinya:

Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, membuat korban untuk berhala, dan mengundi nasib, adalah dari perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan.

Ayat di atas dengan jelas memberitahu kita agar bukan sahaja jangan berjudi dan meminum arak, malah jangan langsung mendekatinya. Mendekatinya termasuk terlibat dalam semua perkara yang bersangkut-paut dengan arak dan judi.

Islam mengharamkan segala bentuk perjudian. Maka menikam nombor adalah haram kerana ia adalah bentuk judi.

Bertaruh dalam apa jua bentuk, sama ada dalam lumba kuda, bola sepak dan sukan yang lain, adalah haram. Begitu juga berjudi di kasino atau di rumah melalui Internet.

Islam melarang perjudian kerana ia membawa mudarat dan kehancuran untuk manusia.

Perjudian, walaupun di adakan secara kecil-kecilan, akan menyebabkan dua perkara: sama ada menang dengan mendapat wang dari kekalahan orang lain, atau kalah dengan memberikan wang kita kepada orang lain.

Biasanya pemain judi akan lebih banyak kalah dari menang. Maka, mereka lebih banyak kehilangan wang dari mendapat wang. Hal ini akan membawa kesan psikologi dan ketagihan. Di sinilah punca segala keburukan yang disebutkan tadi.

Islam amat mementingkan keharmonian masyarakat dan ketenteraman individu.

Dengan adanya aktiviti-aktiviti perjudian akan banyak terjadinya kehancuran terutama pada keluarga dan akhirnya masyarakat akan terjejas

Nota: Diperolehi dari Berita Harian.
Dipetik daripada khutbah Jumaat yang disiapkan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS)
tahun lalu.

what we could have been, 4:13 PM.

Profile

NAME
age school whatever.
Tagboard
place tagboard code here. max width=130.
get one from cbox!
Wishlist
â–ª new camera
â–ª the 18th birthday
Exits
Eefennie
name name name
Archives

Credits
designed by lil.queens
photos: bexidaisy on DA
host: imageshack & imeem
inspiration & lyrics: TLG
title script source unknown.